Mirza & Mirsha Homestay

Friday, 25 February 2011

Kuih & makanan tradisional Kelantan....

Aneka makanan dan kuih tradisional yang jarang terdapat di negeri-negeri lain.

Laksam



Nasi kerabu



Nasi berlauk




 Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan. 



Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.
Kuih bunga tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula.
Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

Kuih Bunga Tanjung atau juga dikenali sebagai kuih Buah Tanjung.


Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.



Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.



Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.



Kerabu sarae - kerabu rumpai laut.



Ketupat - ketupat ini dibuat dari beras pulut. rasanya ada yang tawar dan manis, biasanya senang didapati ketika hari raya



Koleh



Akok bunga



Siro pisang



Siro labu



Tapai beras pulut



Tapai ubi kayu



Nasi manis



Puteri mandi @ teri mandi



Pulut bakar



Tepung serunai



Sekaya



Gerodok telur



Che mek molek

Kelantan.... dan tempat-tempat menarik

Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922  km persegi, terletak  di Timur laut  semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada  10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari.



Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu







PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.



WAKAF CHE YEH
Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesama sendiri.










BAZAR BULUH KUBU (BAZAR BATIK)
Mengunjungi kompleks membeli-belah tiga tingkat ini menjadi kemestian bagi mereka yang gemar membeli-belah dan mengumpul barangan kraf. Di sini, pengunjung dapat memperoleh barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniature, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.


Mirza & Mirsha Homestay

Rumah banglo sederhana mewah (bilik berhawa dingin) yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kawasan letak kereta sangat luas. 
Pandangan Hadapan

Homestay ini disediakan kepada mereka yang ingin bercuti dan membeli-belah di Kota Bharu, Kelantan. Terutamanya bagi mereka yang ingin membeli-belah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, hanya 4 km dan 10 km ke pusat bandar Kota Bharu. Pasar ini beroperasi 24 jam sehari seperti berikut:-

•Jam: 1.00 pagi - 5.00 pagi - Pasar Borong
•Jam: 6.00 pagi - 2.00 petang - Pasar Pagi
•Jam: 2.00 petang - 1.00 pagi - Pasar Malam

Harga yang berpatutan - RM180 sehari (boleh dirunding) Rumah yang bercirikan suasana kampung.
Berlatar belakangkan sawah padi.
 

Ruang Tamu


Bilik Tidur Utama (berhawa dingin)

Bilik Air (di dalam bilik utama)

Bilik Tidur Kedua

Bilik Tidur Ketiga

Dapur

Ruang Makan

Bilik Air

Ruang Keluarga

MASA PENGINAPAN:

CHECK IN (MASUK) - 2.00 PETANG
CHECK OUT (KELUAR) - 12.00 TENGAH HARI

ALAMAT:

Mirza & Mirsha Homestay, Kg Binjai, Kedai Mulong, 16010 Kota Bharu Kelantan.



Untuk tempahan sila hubungi 0139891831(Hady), 017-3553478 (Miji) atau email : ijan_mirza@yahoo.com